Sabtu, 22 Jun 2013

Akhirnya jumpa ‘kekasih abadi’




AYER KEROH - Persoalan mengenai jodoh di dalam laman sosial Facebook seorang pemuda akhirnya terjawab apabila dia akhirnya menemui ‘kekasih’ abadi selepas maut dalam kemalangan di sini, malam kelmarin.

‘Siapalah jodoh aku agaknya ya...’ adalah status terakhir yang sempat ditulis dalam laman sosial tersebut oleh Mohd Khairil Zulkifli, 27, pekerja Pusat Pendidikan Pelajaran di Kota Fesyen, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sebelum menemui ajal apabila motosikal ditunggangnya berlanggar sebuah kereta di persimpangan masuk ke Taman Tasek Utama di sini.

Menurut ibunya, Jamaliah Ali, 50, dia sering meminta anak sulung daripada lima beradik itu  berkahwin namun hanya dibalas dengan gelak ketawa.

“Dari dulu saya selalu cakap dengan dia supaya cepat cari jodoh, namun dia hanya gelak besar. Tapi pagi semalam (kelmarin) rupanya-rupanya dia ada tulis tentang persoalan jodoh dalam Facebook, dan tak sangka juga itu petanda dia pergi meninggalkan kami,” katanya.

Menurut Jamaliah, dia yang terkejut mendapat berita mengenai anaknya itu bergegas ke Hospital Melaka dari rumahnya di Selandar, Jasin.

“Dia keluar rumah kira-kira jam 7 pagi dan kebiasaannya akan balik ke rumah antara jam enam petang dan sebelum lapan malam. Namun semalam (kelmarin) sehingga 8.30 malam dia masih balik sebelum saya diberitahu polis dan kawan kepada anak saya.

“Sebelum keluar rumah memang tiada perubahan ketara pada dirinya namun dia yang pendiam dilihat banyak bergurau dengan adik-adiknya kebelakangan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammmad Koey Abdullah yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa terbabit kemalangan jam 8 malam.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha FZ berlanggar dengan Proton Satria yang dipandu wanita ketika sampai di Jalan Mitc berhampiran Balai Polis Ayer Keroh.

“Mangsa datang dari arah bulatan MITC menghala persimpangan Seri Negeri, berlanggar dengan kereta yang dinaiki tiga penumpang berkenaan yang mahu masuk ke arah Taman Tasek Utama,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

“Tiga penumpang kereta yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


JEREBU SEMAKIN BURUK DI MUAR JOHOR



Keadaan bandar Muar dengan bacaan IPU mencecah 421 pada jam 1 petang semalam.
SHAH ALAM - Muar diisytihar darurat pagi ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap setinggi 750.

Sementara dua bandar di Melaka mencatat bacaan merbahaya di tahap 300.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel berkata, hari ini kedaan jerebu di tiga bandar telah mencapai tahap berbahaya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Halimah Hassan pagi ini telah meminta pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengisytiharkan darurat di Muar hari ini.

MKN dijangka akan mengeluarkan arahan kepada penduduk untuk tinggal dalam rumah dan mengarahkan sekolah di beberapa negeri terus ditutup.









JEREBU SEMAKIN BURUK DI MUAR JOHOR


Muar diisytihar darurat
Keadaan bandar Muar dengan bacaan IPU mencecah 421 pada jam 1 petang semalam.
SHAH ALAM - Muar diisytihar darurat pagi ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap setinggi 750.

Sementara dua bandar di Melaka mencatat bacaan merbahaya di tahap 300.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel berkata, hari ini kedaan jerebu di tiga bandar telah mencapai tahap berbahaya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Halimah Hassan pagi ini telah meminta pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengisytiharkan darurat di Muar hari ini.

MKN dijangka akan mengeluarkan arahan kepada penduduk untuk tinggal dalam rumah dan mengarahkan sekolah di beberapa negeri terus ditutup.

GADIS MELAYU DICEKUP BERSAMA LELAKI AFRIKA DI SEBUAH BILIK DI MANTIN N.9


negroMANTIN – Seorang wanita warga tempatan ditahan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan ketika pihak penguatkuasa melakukan serbuan di sebuah apartmen di Pangsapuri Seri Jasmin dekat sini, tengah malam kelmarin, kerana disyaki melindungi teman lelakinya, seorang warga Nigeria yang juga bersabit kesalahan tinggal lebih masa di negara ini.
Dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah malam itu, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan telah menyerbu masuk ke dalam sebuah apartmen di pangsapuri berkenaan yang didiami wanita berusia 26 tahun berkenaan bersama teman lelakinya yang berusia 30 tahun.
Pengarahnya, Faizal Fazri Othman berkata, hasil siasatan awal mendapati, pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan sah dan lelaki itu juga didapati telah tinggal lebih masa di negara ini.
“Wanita berkenaan turut mengaku lelaki warga Nigeria terbabit adalah teman lelakinya dan mereka telah bersekedudukan sejak beberapa bulan lalu. Wanita itu juga mengetahui teman lelakinya itu tinggal lebih masa di negara ini.
“Justeru kita menahan wanita berasal dari Selangor itu mengikut kesalahan di bawah Seksyen 56 (1)(a)(d) Akta Imigresen kerana disyaki melindungi mana- mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta yang sama,” katanya.
Menurut Faizal, kes wanita itu akan dirujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan selepas keterangannya diambil oleh pihak Imigresen.
Sementara itu, dalam serbuan yang sama, seorang lelaki berusia 30-an telah bertindak nekad apabila terjun dari tingkat tiga pangsapuri berkenaan tetapi berjaya ditahan pihak penguatkuasa.
“Lelaki berkenaan merupakan antara 12 lagi warga Nigeria yang ditahan termasuk seorang wanita di unit berlainan atas pelbagai kesalahan Imigresen.
“Akibat tindakan nekad lelaki itu, dia mengalami kecederaan ringan di bahagian badan. Kita mendapati, lelaki berkenaan telah tinggal lebih masa di negara ini,” katanya.
Menurutnya, semua warga asing yang ditahan itu didapati melakukan pelbagai kesalahan Imigresen seperti tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Warga Nigeria ini berjaya ditahan walaupun terjun dari tingkat tiga pangsapuri untuk lari dari pihak Imigresen. -SH

Rindu Setengah Mati - D Masiv (Karaoke/Dual HIFI)

Vagetoz - Saat Kau Pergi