Khamis, 27 Februari 2014

Sharnaaz Ahmad Serang Lisdawati Dan Ugut Fauzi Nawawi

Pasangan suami isteri, Lisdawati dan Fauzi Nawawi telah membuat laporan polis berhubung satu SMS berbaur ugutan yang diterima dari Sharnaaz Ahmad baru baru ini dan dipercayai ianya berkait dengan serangan Sharnaaz terhadap Lisdawati baru baru ini. Kejadian yang berlaku pada 19 Februari dan 21 Februari lalu di Kuang, Sungai Buloh menyaksikan Sharnaaz memarahi dan cuba menyerang Lisdawati. Sharnaaz tiba-tiba memarahi saya tanpa sebab dan tidak juga menyatakan kenapa dia berbuat demikian. Ketika itu saya hanya mendiamkan diri bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk. Selepas tamat penggambaran, saya memaklumkan kepada suami. Suami menenangkan saya sebelum menasihatkan supaya bersabar dan hanya mendiamkan diri. Namun pada 21 Februari lalu, keadaan bertambah buruk apabila Sharnaaz sekali lagi mahu menyerang saya di lokasi penggambaran di Sungai Buloh. Saya bernasib baik kerana dia dihalang kru. Fauzi Nawawi turut sama berkongsi SMS berbaur ugutan yang diterimanya daripada Sharnaaz. SMS tersebut dihantar oleh Sharnaaz selepas Fauzi Nawawi meminta penerangan kenapa isterinya ditengking. SMS tersebut tertulis seperti di bawah:- Sekarang lu cerita apa pun wa mau beli. Big bos sudah roger gua. Wa tak boleh kasi malu wa punya bos. Harp lu faham. Ini kali kita kasi habis. Sharnaaz Ahmad yang dihubungi Harian Metro pula bagaimana pun enggan mengulas lanjut tentang insiden ini dan mendakwa punca semua ini hanya kecil tetapi diperbesarkan oleh Fauzi Nawawi & Lisdawati. “Saya tidak perlu menjelaskan punca kejadian itu. Benda ini kecil saja, tetapi dibesarkan mereka. Saya rasa tidak perlu dibawa kepada media” “Biarlah mereka memburukkan saya, tetapi saya akan mengambil pendekatan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut. Pengalaman lalu mengajar saya. Setahu saya, saya tidak bersalah dan tidak akan melutut memohon maaf,” ujar Sharnaaz Ahmad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan